Want your
own Fotopage?








 
Koleksi Tips-Tips dan Nasihat

By: Abd Aziz Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Mar-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Penyakit Dyslexia

Penyakit Dyslexia
Parents Ucu dpt tahu dr cikgu sekolah yg Ucu kurang tumpuan sewaktu belajar. Kalau exam pun susah nak concentrate. Cikgu kena selalu check Ucu jawab soalan sebab dia mudah hilang tumpuan. Ucu selalu tak habis jawab soalan exam . Bila keluar jer keputusan, markah Ucu, selalu yg corot2. Kalau org tak faham Ucu, org akan cakap dia lembap & degil. Kesian Ucu.

Tapi Ucu bernasib baik sbb Mak & abah Ucu tak give up. Puas juga parents Ucu bagi galakan, bagi vitamin & usaha mcm2 lagi. Tapi Ucu masih cam tu jugak, sampai ler Ucu umur 18 thn, barulah famili Ucu sedar yg Ucu ni sebenarnya tergolong dalam kategori DYSLEXIA. Tu pun bila family Ucu tengok satu cerekarama bertajuk "Dyslexia" .Watak utama dlm citer ni adalah seorg lelaki Dyslexia - karakternya sebijik cam Ucu (tak ramai kawan, rasa rendah diri, lemah dlm pelajaran tapi kreatif. Pemikiran dia tak sama cam org lain).

Lepas jer tengok cerekarama tu, famili Ucu & Kak Ngah buat research kat internet & jumpa info2 pasal Dyslexia. Mmg Ucu ada ciri2 tu. So, sahlah Ucu yg dikatakan 'lembab' tu sebenarnya seorang yg unik. Kenapa kak ngah kata unik? Sebabnya walaupun org Dyslexia ni lemah / kurang tumpuan dlm pelajaran, tapi jika diorang minat sesuatu bidang, dia akan jadi `The Expert'. Sama cam Ucu, biarpun lemah dlm pelajaran... tapi dia expert dlm komputer, malah lebih expert drp sesetengah graduan U.

Meh kak ngah citer sikit pasal org Dyslexia ni:

The most common disabilities (eh, skiping London lak..) bg Dyslexia selalunya melibatkan pembacaan, menulis, mengeja dan pengiraan. Setiap kes Dyslexia ini berbeza kesnya.

Dyslexia ni tak patut dilihat dr sudut negatif saja sbb org Dyslexia juga ada kebolehannya yg tersendiri malah kekadang lebih genius drp org biasa. Di sini, Kak Ngah senaraikan ciri2 org Dyslexia yg Kak Ngah dpt drp kajian & pembacaan Kak Ngah.
- selalunya orang Dyslexia nie KIDAL (lefthanded)
- nampak huruf terbalik. Cth : 'b' kelihatan spt 'd'
- kurang tumpuan dlm bidang yg tak diminati spt pelajaran di sekolah.
- Kanak2 Dyslexia selalunya tak minat pd figure atau membaca. Diorang minat pada sesuatu yg bergambar / graphic & berwarna- warni.
- kanak2 Dyslexia mudah lupa apa yg dipelajari melalui tulisan. Tetapi diorang mudah ingat atau faham kalau kita ajar melalui lukisan atau gambar.
- Mempunyai daya imaginasi yg tinggi.
- Melihat sesuatu perkara dr pelbagai dimensi- menggunakan semua deria.

-Kadang2, mereka merasakan apa yg mereka fikirkan sbg suatu realiti yg pernah berlaku. Cth: si A fikir (fikiran) dia dah buat homework tu walhal si A belum buat. Si A akan tetap kata dia dah buat homework tu (realiti).

-Walaupun lembab dlm pelajaran, kanak2 Dyslexia akan cenderung ke arah satu minat & dia akan lebih menyerlah dlm bidang yg dia minat . Sbg parents, kita kena kenalpasti MINAT tu & train mereka utk jadi expert dlm bidang tu. Jgn paksa kanak2 Dyslexia buat benda yg diorang tak minat. Anak tu akan memberontak & hilang minat terus. Baik kita galakkan diorang dlm bidang yg diorang suka.

-Ramai org Dyslexia telah berjaya dlm hidup mereka. Antaranya :

Inventors and Scientists 1.Albert Einstein 2.Alexander Graham Bell 3.Harvey Cushing 4.Benjamin Franklin 5.Thomas Edison

Actors & Entertainers 1.Walt Disney 2.Steven Spielberg 3.Tom Cruise 4.Robin Williams 5.Harrison Ford

Artists and Designers 1. Leonardo da Vinci 2. Pablo Picasso

Entrepreneurs 1.Henry Ford 2.Richard Strauss 3. Wrigley

... Maaf yer, Kak Ngah hanya dpt senaraikan nama mat2 saleh jer coz my ref. pasal Dyslexia ni byk diperolehi thru their ('mat saleh') website... Kak Ngah pernah juga terbaca pasal tokoh Islam yg ada Dyslexia tapi tak ingat sgt , so tak leh ler listkan kat sini...

Saranan utk ibu bapa yg mempunyai anak2 Dyslexia: 1.Jangan mudah putus asa dalam mendidik anak2 Dyslexia. Kesabaran yg tinggi diperlukan utk mengasah kemahiran anak2 Dyslexia. Cari kelebihan atau minat anak2 Dislexia & bg full support. Mungkin anak ini akan jadi tokoh terkenal di dlm bidang yg diminatinya.

2.Jangan terlalu memaksa kanak2 Dyslexia buat perkara yg tak diminatinya krn mereka mungkin akan tertekan dan memberontak & hilang terus minat.

3.Penting - Jumpa guru anak Dyslexia ni dan terangkan keadaan sebenar masalah anak ini. Sesetengah guru yg tidak tahu hal sebenar, akan menganggap anak Dyslexia yg lembab ini sbg kanak2 degil & mungkin akan memarahi anak Dyslexia ini. Ini akan beri kesan yg buruk kpd anak Dyslexia & menyebabkan mereka enggan belajar. Pesan juga kepada guru / abg/ kakak kpd anak Dyslexia ini utk memastikan anak Dyslexia tidak dibuli oleh pelajar lain.

4.Walaupun anak Dyslexia agak lembab dlm pelajaran, jgn asingkan mereka drp kawan2 yg lain krn ini akan membantutkan lagi perkembangan anak2 Dyslexia.

5.Parent perlu dedahkan teknik pembelajaran yg kreatif iaitu melalui gambar yg berwarna-warni utk merangsang minat belajar utk kanak2 Dyslexia. Sekiranya ingin memesan anak Dyslexia utk simpan duit di dalam wallet (cth), elok demokan kpdnya. Parents boleh ambil duit & masukkan ke dlm wallet anak itu. Jgn hanya memesan secara verbal krn anak Dyslexia mungkin akan lupa dan dia akan letakkan duit di merata tempat. Begitu juga dgn kunci rumah / basikal atau brg2 berharga yg lain.

======================================================================

Persatuan Dyslexia di Malaysia
(Info ttg persatuan ini saya perolehi drp laman web Persatuan Dyslexia Malaysia setahun yg lalu. Saya tak pasti sama ada persatuan tersebut masih aktif atau tak. Sesiapa yg berminat bolehlah cuba hubungi nombor telefon di bawah). Di Malaysia terdapat persatuan Dyslexia yang memberikan bimbingan awal kepada kanak-kanak Dyslexia dan ibubapa mereka. Pusat kegiatan Dyslexia dibuka untuk lawatan pada pukul 1.00 tengahari sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin, Selasa, Khamis, dan Jumaat. Pada hari Sabtu, Pusat kegiatan Dyslexia dibuka pada pukul
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Selain itu mereka yang berminat untuk menyertai Persatuan Dyslexia Malaysia bolehlah berhubung dengan mereka di alamat berikut:-

Persatuan Dyslexia Malaysia No 6, Persiaran Kuantan Setapak
53200 Kuala Lumpur Telefon - (03-40255109)





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net